Untuk pengetahuan anda semua, blog ini merupakan idea ibu saya. Sudah berbulan dia 'bising' supaya saya adakan sebuah blog untuk kongsikan pengalaman dan testimoni sepanjang hampir tiga tahun beliau menceburi perniagaan menjual supplement SNE. Sebagai anak yang 'malas-malas kerbau' sudah dihambat baru nak bergerak ni, berlenggang kangkung lah semalaman mencipta satu blog khas untuk ibu saya tu. Maka, dengan berkat doa dan usaha, maka tersergamlah blog nan sebatang ini. Jangan main-main, siap kena doa lagi nak buat blog. Berkat sungguh rasanya.
Baiklah, saya ceritakan bagaimana kami sekeluarga, khususnya ibu saya mengenali produk SNE yang telah dianugerahkan Allah kepada hambanya ini. Ibu saya disahkan menghidap kanser tiroid atau Hyperthyroidism pada tahun 2001 iaitu ketika saya di tingkatan satu. Anda boleh baca mengenai penyakit ini di sini. Saya yang kurang faham apa itu kanser tiroid membuat tidak endah kerana beranggapan mungkin ia adalah penyakit yang boleh sembuh dengan mudah. Tambahan pula ibu saya masih belum menunjukkan simptom-simptom yang ketara lagi.
Keadaan pesakit kanser tiroid yang kritikal |
Namun pada, lewat tahun 2005 saya dan adik beradik mula memahami sedikit penyakit yang bersarang di tubuh ibu kami. Keadaan berubah agak drastik beberapa bulan sebelum saya bertolak ke Maghribi untuk melanjutkan pelajaran. Kesan-kesan akibat tiroid amat ketara dan membuatkan saya teragak-agak untuk meniggalkan keluarga. Ibu saya mengalami banyak komplikasi, antaranya :
- Kuat berpeluh sehinggakan dalam air cond pun beliau berpeluh.
- Mudah sangat marah. Ini memang tak tahan. Salah sikit siaplah berbirat tangan kena cubit dan hanger baju. eheh.
- Tangan ibu menggeletar kuat. Paling jelas ketika makan.
- Muka sentiasa pucat.
- Suara menjadi garau dan kerap tiada suara.
- Amat sukar tidur malam
- Jantung berdegup kencang
- Tubuh ibu sangat kurus.
- Kejang kaki dan bahagian otot lain waktu malam
- Mata merah berair
- Paling jelas adalah leher ibu mengembang.
Bayangkanlah, ibu saya hidup selama LAPAN TAHUN dalam keadaan yang tidak selesa dan dalam masa yang sama bekerja kuat sebagai kerani kilang kunci bergaji RM 2500 sebulan untuk membantu ayah menyara keluarga. Saya di luar negara berasa agak tertekan dengan situasi ibu dan keluarga. Saya juga disara ibu ayah sepenuhnya kerana tidak mendapat mana-mana biasiswa atau pinjaman. Sehinggga pada hujung tahun 2009 saya pulang bercuti ke Malaysia setelah empat tahun tidak pulang.
Sungguh saya kasihankan melihat keadaan ibu ketika itu. Kurus dan kelihatan seperti "zombie". Disinilah Allah mentaqdirkan segalanya bermula. Pada pertengahan 2010, seorang jiran, Cik Nab peniaga nasi lemak di taman perumahan kami memberi produk SNE untuk dicuba sementelah mengetahui penyakit ibu. Ibu mungkin sudah penat berulang alik ke klinik Dr. Mazlan di Semenyih, mencuba tanpa banyak bicara. Tambah pula, Dr. Mazlan sudah mencadangkan pembedahan dalam masa terdekat.
Selang beberapa hari ibu, saya mengalami muntah kahak berwarna kuning yang banyak. Tetapi, ibu saya seorang yang kuat bertahan dan beranggapan itu adalah proses penyingkiran toksin dan bahan kotor. Hari bertukar minggu. Ibu mengakui keadaan semakin baik dan terasa lapang. Ibu meneruskan makan kapsul SNE selama sebulan lagi. Kami sangat terkejut kerana Dr. Mazlan mengesahkan ibu tidak perlu kepada pembedahan tiroid dan mengakui kesihatan ibu telah jauh berubah. Kanser tiroid yang dihidapi ibu selama lapan tahun itu seolah-olah lenyap dibawa angin.
Ibu gembira tak terkata. Ayah saya juga begitu. Alhamdulillah, penantian jodoh penawar ibu saya selama ini telah dipertemukan oleh Allah. Hidupnya kembali normal dan tiada lagi tangan menggeletar dan leher yang besar. Cuma adik-adik saya masih berbirat jika tak siap kerja sekolah. Itu bukan simptom tiroid lagi buat saya. eheh.. Dua bulan selepas ibu sihat, saya terbang semula ke Maghribi untuk menghabiskan sisa pengajian yang berbaki setahun.
I wish nothing but the best for you. |
Okey, ini bahagian paling suspen dan best. Setelah saya sebulan pulang ke Maghribi, ibu menghubungi saya. Ibu bertanya pendapat anak bujangnya ini adakah saya menyokong keputusannya untuk berhenti kerja dan masuk dalam lapangan bisnes Produk SNE? Saya agak risau jika ibu berhenti kerja, takut perniagaan tergendala separuh jalan dan akan menyebabkan masalah kewangan. Ini kerana ibu saya sudah menceburi pelbagai jualan langsung. Sebutlah apa sahaja. Avon, DCL, Tupperware dan macam-macam jenis MLM. Semuanya tidak bertahan lama. Paling lama pun 5 bulan. Ada pula ditipu orang. Tapi kali ini ibu saya kedengaran nekad.
Dia tahu apa yang dia lakukan. Dia menyebut mahu mencari orang sakit sebanyak mungkin dan beritahu tentang SNE. Dia tidak mahu orang lain mati sia-sia. Itulah yang diberitahu saya. Mendengar keyakinannya yang tinggi saya menyatakan sokongan. Saya tahu saya tidak tersilap. Begitu juga ibu. Dengan bantuan ayah, seorang pesara tentera, berhenti kerja dengan gaji RM 2500 tidak sia-sia. Allah telah melipat gandakan pendapatan beliau dengan jumlah yang tidak pernah dia fikirkan sebelum ini. Selain melihat orang lain sihat dan sembuh, itu juga membakar dirinya unutk terus berada bersama SNE.
Cik Nab, si penjual nasi lemak itu pun kini hanya membeli nasi lemak peniaga lain. Cik Nab dan ibu saya kini rakan kamcheng. Meninggalkan semua dunia penuh kesusahan dan mencari manusia yang masih tercari-cari penawar penyakit yang membelenggu hidup mereka. Saya pulang ke tanah air pada April 2012 dan kini dilantik sebagai assistant ibu dengan kerjanya yang sayup mata memandang. Takpelah, asalkan ibu saya gembira melihat orang sembuh dan sihat seperti dirinya, itu satu kepuasan bagi diri saya. Ingat! Anda pun berhak hidup sebagai manusia yang sihat. Kerana sihat itu juga adalah nikmat dan rezeki daripada Allah.
Banyak saya akan kongsikan suka duka disini. Saya akan coretkan scepat mungkin jika ada masa. Jika ada penyakit yang membelenggu diri, keluarga, saudara mara, suami, isteri, atau rakan-rakan anda amat dialu-alukan menghubungi saya atau ibu di talian yang tertera di dalam SenangNakElok. Usah tunggu nyawa dihujung nafas, telur dihujung dihujung tanduk dan nasi menjadi bubur. Wang ringgit bukan pengganti yang setara dengan hidup kita. Insyaallah, kita akan cuba bantu dan ikhtiar menggunakan kapsul SNE dengan izin Allah.
Banyak saya akan kongsikan suka duka disini. Saya akan coretkan scepat mungkin jika ada masa. Jika ada penyakit yang membelenggu diri, keluarga, saudara mara, suami, isteri, atau rakan-rakan anda amat dialu-alukan menghubungi saya atau ibu di talian yang tertera di dalam SenangNakElok. Usah tunggu nyawa dihujung nafas, telur dihujung dihujung tanduk dan nasi menjadi bubur. Wang ringgit bukan pengganti yang setara dengan hidup kita. Insyaallah, kita akan cuba bantu dan ikhtiar menggunakan kapsul SNE dengan izin Allah.
Apa yang paling penting, usaha dengan istiqomah, jangan putus harapan, doa seyakin-yakinnya dan tawakal setinggi-tingginya. Insyaallah, jumpa next entry ye. SNE Terbaik!
Wassalamu.
Wassalamu.
Puan Zairiyah Othman : 0193995684
Shahiddan Mazlan : 012-9202814
Shahiddan Mazlan : 012-9202814
No comments:
Post a Comment