Tuesday, 30 October 2012

SNE, Penawar Penyakit Psoriasis


Assalamualaikum wth.

Dah lama betul saya tak update blog ni. Nak kata sibuk tu, sibuk jugak lah. Layan sms, layan call orang, hantar barang, pegi lawat org yang dah makan SNE dengan ibu saya. Tapi rasa terharu betul bila org makan SNE dia pun sihat. Patutlah ibu saya seronok jual produk SNE.

Semalam, saya dan ibu pergi ke Mambau, Negeri Sembilan menghantar produk SNE. Kesnya adalah kes ketiga ibu saya bertemu dengan penghidap Psoriasis. Psoriasis adalah penyakit kulit dimana sel kulit manusia terhasil terlalu pantas daripada kadar normal dan menyebabkan radang. Gambarannya adalah seperti dibawah :
Gambaran grafik psoriasis

Makcik penghidap Psoriasis yang kami jumpa semalam menghidap psorisis di kaki beliau selama 15 tahun. Beliau pernah mencuba pelbagai produk tapi kesannya hanyalah sementara dan singkat. Insyaallah, jika jodoh beliau dengan SNE, saya akan kongsikan dengan anda semua.

Sementara waktu ini, saya uploadkan dulu kes Psoriasis paling kritikal SNE pernah hadapi.

Encik Amir bin Sahak
42 tahun
Pasir Gudang, Johor Bharu
Penghidap Psoriasis 10 Tahun

Penggunaan Produk

Kapsul SNE : 3 Biji pagi, tengah hari dan malam
Excel Tea : Minuman harian sebagai penyingkir toksin.
Sebelum

Sebelum

Selepas 3 hari, kulit sisik mulai tertanggal
Selepas seminggu


Selepas

Jika anda semua mempunyai keluarga, sahabat handai, jiran atau kenalan yang mempunyai penyakit Psoriasis atau penyakit kronik, cubalah ikhtiar dengan SNE. Wang ringgit tidak menjanjikan apa-apa jika nyawa dan hidup menjadi taruhan. Insyaallah, SNE adalah salah satu tanda kehebatan Allah SWT.

SMS
Zairiyah bt Othman (ibu)
019-3995684

Shahiddan Mazlan
012-9202314

Friday, 12 October 2012

Testimoni Shahrul Idhlan Talaha dan Isteri


Assalamualaikum wth,

Ibu, Eisha dan Matyo

Malam ni saya ikut ibu ke Hotel Concorde Shah Alam untuk berjumpa dengan Shahrul Idhalan Talaha atau popular sebagai Mat Yo. Seorang pemain bola sepak Kelantan dan skuad kebangsaan. Siapa tak kenal striker power ni kan? Jumpa dia hari ni pun sebab dia nak belanja minum memandangkan malam esok dia main untuk Kelantan lawan Selangor. Maap MatYo. Saya ni penyokong Selangor. eheh~

Ibu dah hampir setahun kenal player nih. Dia datang kali pertama ke rumah pada hujung 2011 di Beranang dengan niat utk cuba berurut dgn ayah akibat kecederaan lutut yang dialaminya. Masa tu Mat Yo diberi cuti rehat oleh doktor selama empat bulan. Dua kali dia dtg tapi ayah terpaksa menolak sbb dia dtg pada hari ayah "cuti" mengurut. Tapi sebab tak tahan sakit, kali ketiga ayah rela hati mengurutnya. Dia pun cakap nak elok cepat. Tak tahan nak masuk padang. Memang gila bola.

Ketika itulah ibu memperkenalkan Kapsul SNE dan Artercardy. Kapsul SNE untuk mempercepatkan pertumbuhan sel tubuh dan menyingkirkan toksin. Manakala Artercardy Essence pula khas untuk melancarkan semula salur darah yang tersumbat serta menyelaraskan fungsi jantung. Ketika itu, SNE Rebond belum ada stok lagi.

Dengan izin Allah, selang sebulan setengah lepas tu dia pulih dan turun padang lebih awal dari dijangkakan. Player lain pun tanya macam mana boleh sembuh cepat tapi dia tak berani cakap. Nak jadikan dia testimoni tapi dia pulak busy memanjang. Dari situ, dia kenalkan isterinya, Eisha Adam. Eisha ni dah mengandung sekali tapi keguguran kerana masalah wanita/rahim. Empat tahun kahwin masih belum dikurniakan anak. Ibu kenalkan pulak Kapsul SNE untuk singkirkan toksin dan bahan kotor dalam tubuh. Ditambah dengan SNE BEAUTSKIN khas untuk wanita. Dia pun makan dan lepas seminggu darah kotor keluar. Tanda SNE sedang kerja mencuci. Tanda yang baik walaupun agak menakutkan bagi dia. Dia teruskan juga makan sekotak SNE dan sekotak Beautskin tu.

Berbalik kepada Matyo, setelah sembuh ibu perkenalkan pulak kat Matyo SNE Rebond khas untuk menguatkan serta membina kembali struktur tulang dan rawannya yang cedera. Alhamdulillah, kesannya sangat memberangsangkan. SNE Rebond ni kalau sesiapa yang ada masalah tulang memang patut amik. Nak pulak yang ada osteoporosis, athritis, reumatism dan lain-lain berkaitan tulang. Keje SNE Rebond ni kuatkan tulang dan bina semula rawan yang dah lose. Org dah berusia dan masih nak feeling muda saya suggest produk ni. Boleh join marathon setiap bulan.

Bila jumpa tadi, memang happy lah. Sebab tengok pasangan ni sihat walafiat dan mereka pun tengah expecting their FIRST BABY dan setakat ini memang tiada masalah langsung. Eisha bagitau dia dah empat bulan. Tambah pulak dah amik Beautskin, makin lawa Puan Eisha. Plus, dia dah sedia lawa. Kepada wanita-wanita diluar sana yang ada masalah sukar mengandung dan hampir putus asa, JANGAN PUTUS HARAPAN! Insyaallah, ada penawar yang Allah ciptakan. Cuma tinggal nak berusaha ke tidak. Eisha bukan kes pertama tapi Alhamdulillah, sudah ramai yang cuba dan telah berjaya memperolehi zuriat. Apa lagi sebab untuk anda menunggu?

Jadi, kepada mereka yang dibelenggu masalah kesihatan, anda boleh berhubung dengan saya atau ibu di nombor yang disediakan kat bawah. Sekali lagi, penawar penyakit YANG BERKESAN Insyaallah SNE boleh bantu tapi USAHA dari diri anda sendiri. Kalau lebih sayangkan tenaga dan wang ringgit, lupakanlah. Sesiapa yang berusaha untuk hidup SIHAT SEMULA atau mahu LEBIH SIHAT, ahlan wasahlan wa marhaban bikom. Selebihnya, serahkan kepada Allah. Tugas kita, usaha terdaya mungkin, doa seyakin-yakinnya dan tawakkal 'alallah setinggi-tingginya. Wassalam.

Puan Zairiyah Othman  : 019-3995684
Shahiddan Mazlan       : 012-9202814

P/s : Tahniah ATM layak Final tadi.

Thursday, 11 October 2012

Tiroid itulah muqaddimahnya

Assalamualaikum wth.

Untuk pengetahuan anda semua, blog ini merupakan idea ibu saya. Sudah berbulan dia 'bising' supaya saya adakan sebuah blog untuk kongsikan pengalaman dan testimoni sepanjang hampir tiga tahun beliau menceburi perniagaan menjual supplement SNE. Sebagai anak yang 'malas-malas kerbau' sudah dihambat baru nak bergerak ni, berlenggang kangkung lah semalaman mencipta satu blog khas untuk ibu saya tu. Maka, dengan berkat doa dan usaha, maka tersergamlah blog nan sebatang ini. Jangan main-main, siap kena doa lagi nak buat blog. Berkat sungguh rasanya.

Baiklah, saya ceritakan bagaimana kami sekeluarga, khususnya ibu saya mengenali produk SNE yang telah dianugerahkan Allah kepada hambanya ini. Ibu saya disahkan menghidap kanser tiroid atau Hyperthyroidism pada tahun 2001 iaitu ketika saya di tingkatan satu. Anda boleh baca mengenai penyakit ini di sini. Saya yang kurang faham apa itu  kanser tiroid membuat tidak endah kerana beranggapan mungkin ia adalah penyakit yang boleh sembuh dengan mudah. Tambahan pula ibu saya masih belum menunjukkan simptom-simptom yang ketara lagi.

Keadaan pesakit kanser tiroid yang kritikal

Namun pada, lewat tahun 2005 saya dan adik beradik mula memahami sedikit penyakit yang bersarang di tubuh ibu kami. Keadaan berubah agak drastik beberapa bulan sebelum saya bertolak ke Maghribi untuk melanjutkan pelajaran. Kesan-kesan akibat tiroid amat ketara dan membuatkan saya teragak-agak untuk meniggalkan keluarga. Ibu saya mengalami banyak komplikasi, antaranya :


  • Kuat berpeluh sehinggakan dalam air cond pun beliau berpeluh.
  • Mudah sangat marah. Ini memang tak tahan. Salah sikit siaplah berbirat tangan kena cubit dan hanger baju. eheh.
  • Tangan ibu menggeletar kuat. Paling jelas ketika makan.
  • Muka sentiasa pucat.
  • Suara menjadi garau dan kerap tiada suara.
  • Amat sukar tidur malam
  • Jantung berdegup kencang
  • Tubuh ibu sangat kurus.
  • Kejang kaki dan bahagian otot lain waktu malam
  • Mata merah berair
  • Paling jelas adalah leher ibu mengembang.
Bayangkanlah, ibu saya hidup selama LAPAN TAHUN dalam keadaan yang tidak selesa dan dalam masa yang sama bekerja kuat sebagai kerani kilang kunci bergaji RM 2500 sebulan untuk membantu ayah menyara keluarga. Saya di luar negara berasa agak tertekan dengan situasi ibu dan keluarga. Saya juga disara ibu ayah sepenuhnya kerana tidak mendapat mana-mana biasiswa atau pinjaman. Sehinggga pada hujung tahun 2009 saya pulang bercuti ke Malaysia setelah empat tahun tidak pulang. 

Sungguh saya kasihankan melihat keadaan ibu  ketika itu. Kurus dan kelihatan seperti "zombie". Disinilah Allah mentaqdirkan segalanya bermula. Pada pertengahan 2010, seorang jiran, Cik Nab peniaga nasi lemak di taman perumahan kami memberi produk SNE untuk dicuba sementelah mengetahui penyakit ibu. Ibu mungkin sudah penat berulang alik ke klinik Dr. Mazlan di Semenyih, mencuba tanpa banyak bicara. Tambah pula, Dr. Mazlan sudah mencadangkan pembedahan dalam masa terdekat.

Selang beberapa hari ibu, saya mengalami muntah kahak berwarna kuning yang banyak. Tetapi, ibu saya seorang yang kuat bertahan dan beranggapan itu adalah proses penyingkiran toksin dan bahan kotor. Hari bertukar minggu. Ibu mengakui keadaan semakin baik dan terasa lapang. Ibu meneruskan makan kapsul SNE selama sebulan lagi. Kami sangat terkejut kerana Dr. Mazlan mengesahkan ibu tidak perlu kepada pembedahan tiroid dan mengakui kesihatan ibu telah jauh berubah. Kanser tiroid yang dihidapi ibu selama lapan tahun itu seolah-olah lenyap dibawa angin.

Ibu gembira tak terkata. Ayah saya juga begitu. Alhamdulillah, penantian jodoh penawar ibu saya selama ini telah dipertemukan oleh Allah. Hidupnya kembali normal dan tiada lagi tangan menggeletar dan leher yang besar. Cuma adik-adik saya masih berbirat jika tak siap kerja sekolah. Itu bukan simptom tiroid lagi buat saya. eheh.. Dua bulan selepas ibu sihat, saya terbang semula ke Maghribi untuk menghabiskan sisa pengajian yang berbaki setahun.

I wish nothing but the best for you.

Okey, ini bahagian paling suspen dan best. Setelah saya sebulan pulang ke Maghribi, ibu menghubungi saya. Ibu bertanya pendapat anak bujangnya ini adakah saya menyokong keputusannya untuk berhenti kerja dan masuk dalam lapangan bisnes Produk SNE? Saya agak risau jika ibu berhenti kerja, takut perniagaan tergendala separuh jalan dan akan menyebabkan masalah kewangan. Ini kerana ibu saya sudah menceburi pelbagai jualan langsung. Sebutlah apa sahaja. Avon, DCL, Tupperware dan macam-macam jenis MLM. Semuanya tidak bertahan lama. Paling lama pun 5 bulan. Ada pula ditipu orang. Tapi kali ini ibu saya kedengaran nekad.

Dia tahu apa yang dia lakukan. Dia menyebut mahu mencari orang sakit sebanyak mungkin dan beritahu tentang SNE. Dia tidak mahu orang lain mati sia-sia. Itulah yang diberitahu saya. Mendengar keyakinannya yang tinggi saya menyatakan sokongan. Saya tahu saya tidak tersilap. Begitu juga ibu. Dengan bantuan ayah, seorang pesara tentera, berhenti kerja dengan gaji RM 2500 tidak sia-sia. Allah telah melipat gandakan pendapatan beliau dengan jumlah yang tidak pernah dia fikirkan sebelum ini. Selain melihat orang lain sihat dan sembuh, itu juga membakar dirinya unutk terus berada bersama SNE.

Cik Nab, si penjual nasi lemak itu pun kini hanya membeli nasi lemak peniaga lain. Cik Nab dan ibu saya kini rakan kamcheng. Meninggalkan semua dunia penuh kesusahan dan mencari manusia yang masih tercari-cari penawar penyakit yang membelenggu hidup mereka. Saya pulang ke tanah air pada April 2012 dan kini dilantik sebagai assistant ibu dengan kerjanya yang sayup mata memandang. Takpelah, asalkan ibu saya gembira melihat orang sembuh dan sihat seperti dirinya, itu satu kepuasan bagi diri saya. Ingat! Anda pun berhak hidup sebagai manusia yang sihat. Kerana sihat itu juga adalah nikmat dan rezeki daripada Allah.

Banyak saya akan kongsikan suka duka disini. Saya akan coretkan scepat mungkin jika ada masa. Jika ada penyakit yang membelenggu diri, keluarga, saudara mara, suami, isteri, atau rakan-rakan anda amat dialu-alukan menghubungi saya atau ibu di talian yang tertera di dalam SenangNakElok. Usah tunggu nyawa dihujung nafas, telur dihujung dihujung tanduk dan nasi menjadi bubur. Wang ringgit bukan pengganti yang setara dengan hidup kita. Insyaallah, kita akan cuba bantu dan ikhtiar menggunakan kapsul SNE dengan izin Allah.

Apa yang paling penting, usaha dengan istiqomah, jangan putus harapan, doa seyakin-yakinnya dan tawakal setinggi-tingginya. Insyaallah, jumpa next entry ye. SNE Terbaik!

Wassalamu.


Puan Zairiyah Othman : 0193995684
Shahiddan Mazlan : 012-9202814
   

Wednesday, 10 October 2012

Fakta Kapsul SNE dan buah Seabuckthorn

Assalamualaikum wth.

Ok, kita kenal dulu fakta menarik tentang kapsul SNE. 


Kapsul SNE



1. SNE adalah singkatan bagi Super Nutrient Essence. Diedarkan oleh satu-satunya syarikat yang memiliki hak pengedaran tunggal di dunia iaitu SNE Marketing Sdn. Bhd beribu pejabat di Taman Shamelin Perkasa, Cheras Kuala Lumpur. Kapsul ini di kilangkan oleh Inner Mongolia YuHuangRen Hi-Tech Industrial Co. Ltd yang bertapak di Monglia.

2. Kapsul ini adalah inti pati daripada minyak buah Seabuckthorn bukan hibrid (benih asal) yang hanya tumbuh di Mongolia. Tidak seperti tumbuhan lain, buah seabuckthorn hanya tumbuh liar di atas tanah yang tidak tercemar sahaja.

Buah Seabuckthorn
3. Produk ini telah mendapat kelulusan HALAL dari kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor pendaftaran MAL 20034169TC. Jadi, tiada keraguan bagi pengguna Muslim.

4. Dipercayai, orang pertama yang menemui khasiat buah seabuckthorn adalah Gengkhis Khan. Dalam sejarah orang Mongol, kuda perang yang sudah tua dan tidak dapat berkhidmat di medan tempur akan dilepaskan ke dunia liarnya. Apa yang menakjubkan, Gengkhis menemui semula kuda-kuda tua tersebut dalam keadaan yang cukup sihat dan masih gagah berbanding dilepaskan dahulu. Setelah disiasat, kuda-kuda tersebut didapati memakan buah seabuckthorn yang tumbuh liar. Sejak itu, buah seabuckthorn diangkat sebagai buah ajaib kerana nilai khasiatnya yang tinggi.

5. Minyak buah seabuckthorn adalah makanan tambahan para angkasawan seperti Yurin Gagarin dan Yang Li Wei.

6. Diiktiraf sebagai buah paling masam dunia dengan kepekatan vitamin C paling tinggi.

7. 6 ciri utama kapsul SNE adalah : 
  1. Melanjutkan usia
  2. Menyuburkan dan mengaktifkan sel
  3. Menyelaras dan membaik pulih sel tubuh
  4. Mengandungi kesan anti-bakteria
  5. Menyeimbangkan sistem kardiovaskular dan endoktrin tubuh
  6. Membersihkan darah dan membantu dalam proses penyahtoksikan
8. Sebiji kapsul SNE mengandungi lebih 190 jenis vitamin dan mineral dari 27 makanan berkhasiat.
8.  Kapsul SNE sama sekali tidak meninggalkan bahan berat yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang seperti ubat-ubatan hospital bahkan pengguna digalakkan mengambil secara berterusan walaupun telah pulih dari penyakit. 

8. Walaupun ia adalah supplement atau makanan tambahan namun keupayaannya menyembuhkan penyakit dalam tempoh singkat dan berkesan adalah sangat mengagumkan.

9. Alhamdulillah, setakat ini produk SNE telah berjaya menyembuhkan pelbagai penyakit KECUALI MATI seperti kanser, slip disc, lumpuh, strok, penyakit kardiovaskular, buasir, masalah seksual, SLE, kegagalan fungsi buah pinggang, kencing manis, tiroid, hormon tidak seimbang, darah tinggi, penyakit jantung, penyakit kulit dan banyak lagi. Namun, kemampuannya mengubati penyakit HIV masih kekal misteri kerana tiada kes direkodkan setakat hari ini. Ini semua dengan izin Allah SWT.

10. Kapsul SNE tidak mempunyai kesan sampingan jika diambil melainkan kesan penyembuhan iaitu reaksi penyelarasan yang akan hilang dalam 1 hingga 2 minggu jika penyakit berat bagi segelintir pengguna.

Sebenarnya banyak lagi fakta menarik yang saya boleh kongsikan selama menggunakan produk ini. Saya akan terus kongsikan testimoni pengguna SNE yang telah berjaya pulih dan SEDANG pulih dari pelbagai penyakit. Tetapi kami amat menekankan kepada pelanggan kami agar tidak berputus asa, sentiasa berdoa kepada Allah dan tawakkal setinggi-tingginya. Insyaallah akan saya kongsikan di sini. Jumpa nanti pada entri akan datang. SNE Terbaik!

Wassalam.
Shahiddan Mazlan - 012-9202814
Puan Zairiyah bt Othman (ibu) - 0193995684

Assalamualaikum

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam perkenalan kepada pembaca sekalian. Blog ini adalah medium saya dan ibu, Puan Zairiyah Othman mencoretkan pengalaman, suka-duka dan tips kesihatan sepanjang kami berada di dalam perniagaan supplement SNE Marketing  selama 3 tahun yang AMAT berkesan merawat pelbagai jenis penyakit dengan izin Allah. Kami akan kongsikan testimoni dari keluarga kami sendiri dan pelanggan yang telah menggunakan produk ini.

Nama blog SenangNakElok diambil sempena gelaran gurauan ayah saya kepada produk SNE Marketing. SNE sebenarnya bermaksud Super Nutrition Essence yang diambil dari buah Seabuckthorn. Ini akan saya ceritakan pada entry akan datang.

Pastikan korang ikut pengalaman kami yang menyeronokkan bersama SNE dan jika mahu berikhtiar dengan produk ini jangan lupa hubungi nombor telefon kami dibawah dan tertera di sebelah kiri SenangNakElok. Jika berkesempatan kami akan cuba berjumpa pelanggan yang disekitar Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur. Apa yang penting, jangan berputus asa, sentiasa yakin berdoa kepada Allah dan Tawakal setinggi-tingginya. SNE Terbaik!

Wassalam
Puan Zairiyah Othman : 019-3995684
Shahiddan Mazlan : 012-9202814